Satu Soalan Untuk Aku Jawab



"Kenapa kau hodoh?"


Satu soalan yang buat aku terfikir untuk aku tulis entri ni. Kenapa aku hodoh? Ada beberapa jawapan yang aku boleh bagi. 

Yang pertama, sudah begini rupa aku diciptakan. Aku bersyukur masih bernyawa. Rupa lambat laun bakal berkedut, berparut. 

Kedua, sebab kalau aku kacak atau comel sangat, nanti aku takut suatu hari nanti bila aku dah tua, dah tak kacak dan comel, aku takut engko semua membenci aku sebab rupa. Bagi aku rupa bukan segalanya. Rupa cuma luaran, fizikal yang bakal berubah bila dah berumur. Terima aku bukan sebab rupa, tapi terima diri aku seperti mana yang aku ada. Kalau sebab rupa engko jadi baik dengan seseorang, sila pergi rendam kepala engko dekat lubang jamban lepas tu flush 2-3 kali. 

Okay sekarang dah boleh move on kepada jawapan yang ketiga. Aku hodoh sebab kalau aku kacak atau comel nanti aku tak selesa. Ramai yang nak dekat dengan aku atas sebab rupa. Kau ingat aku suka ke perhatian dari orang ramai? Eh aku bukan jenis yang macam tu okay. Rupa aku ni buat aku selesa, biar tak ada yang nak pandang. Tak menjadi rebutan. Yang penting hati aku. Rupa tu hodoh macam mana pun engko bersyukur je. Ada kelebihan dia. 

Nota Kaki: Kepada manusia yang telah memberikan aku soalan tu, aku ucapkan terima kasih. Dapat jugak aku update entri ni. Kakakakaka. Aku tahu tu soalan gurauan. No offence bero.

-Alfy-

No comments:

Post a Comment