dialog sekerat I

aku tak cantik. Aku banyak kekurangan. Apa yang kau nak dari aku? Apa yang kau kejarkan?

tapi hati kau cantik. Aku nampak hati kau. Perkenalan kita memang singkat tapi percayalah. Aku cintakan kau. Bukan atas sebab-sebab klise orang tulis dekat skrip drama. Tapi aku jatuh cinta dekat kau atas ketidaksempurnaan kau.”


Jangan suruh aku kasi tafsiran cinta tu apa. Aku masih naif bila berbicara mengenai cinta. Dan dialog kat atas ni memang klise.

surat buat bekas kekasih

Kehadapan bekas kekasih yang tidak lagi aku sayangi,


                Apa khabar? Sihat? Sekarang kita tak lagi bersama. Tak lagi bermadu kasih. Tak lagi mengenali satu sama lain. Biasalah roda kehidupan manusia. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Terima kasih sebab buat aku jatuh. Terima kasih sebab tinggalkan aku ( atau terima kasih kat diri sendiri sebab tinggalkan kau?) dan terima kasih untuk kenangan dan memori yang mendewasakan aku.

Pertama sekali, kau memang rugi sebab tinggalkan aku (tapi yang aku tinggalkan tu, kira padan muka la). Tapi terima kasih sebab tinggalkan aku sebab aku sedar yang ada orang lain lebh sayangkan aku. Kau buat aku sedar betapa indah dunia aku tanpa manusia seperti kau. Tak rugi aku tinggalkan kau/kehilangan kau. Hidup aku lebih bahagia tanpa bebanan kepala otak fikir pasal manusia macam kau.

Kedua sekali, aku nk ucap terima kasih sebab buat aku jatuh. Terima kasih atas tomahan dan fitnah yang kau sebar lepas kita break up. Terima kasih sangat sebabsebarkan keburukan aku dekat orang lain. Kau buat aku sedar yang manusia macam kau ni ada dalam dunia ni. Buat aku sedar yang kat dunia ni tak ramai orang baik-baik yang boleh aku percaya. Terima kasih. Nanti aku tempah trofi untuk kau sebab Berjaya tabur fitnah ke aku dan pasangan aku.

Ok lah. Sampai sini je dulu. Aku rasa menulis pepanjang untuk manusia macam kau ni membazirkan tenaga. Aku kena simpan tenaga. Maklum la, bakal isteri orang, pelajar universiti pulak tu. Kena simpan tenaga. Kbai.
                                                                                                                                                                   Mia omey.

How To Treat Your Woman


"A man who treats his woman like a princess is a proof that he has been raised by a queen."
 - Wiz Khalifa

Sehina-hina seorang perempuan, aku tak rasa dia patut kena pukul dengan lelaki. Sedap mulut panggil perempuan whore, bitch, sundal, kau tu takde telur ke nak pukul perempuan? Mak cik aku pernah pesan, kalau boyfriend pernah pukul, janganlah kahwin dengan dia. Perempuan, perlu dibelai, perlu dijaga. Kalau buat salah, bimbing. Pukul sampai lebam, akan buat perempuan tu takut dengan kau je. 

Okay maaf, ter-emo. Seriously dude, you gotta know how to treat a woman. Selain jangan pukul perempuan..


1. "I love you"
Ada jenis lelaki yang ada girlfriend tapi payah betul nak cakap I love you. Ye tau la more than words, action speaks louder than words tapi perempuan nak la jugak dengar I love you, so that dia rasa secure sikit. Takde lah setiap malam tertanya kau sayang dia ke tak. Kalau malu, you can always be romantic. Bagi la kad ke, lukis ke. Be creative.

2. Fokus
Masa sekolah dulu, cikgu English korang ajar tak beza hear & listen? Senang cerita, listen is when you pay attention and hear is when you are aware of the sounds coming through your ear but you are not paying attention. Perempuan (atau mungkin aku je) tak suka ulang benda yang sama banyak kali. Semalam dah pesan, harini nak kena cakap lagi, esok ulang lagi. Cuba bila perempuan cakap, dengar betul-betul. Kalau tak dengar, memang lah kitorang bebel.

3. Jaga mulut
Perempuan ni kan hati lembut. Kalau marah, tolong lah jangan keluar ayat hina caci maki ugut ungkit dari zaman tok kaduk. We fall for words, so kalau ayat manis boleh cairkan kitorang tak mustahil ayat kurang ajar mulut kau tu boleh buat kitorang tawar hati nak dekat kau. Don't blame us.

4. Menunggu
Jangan buat perempuan tunggu kau please? Ajak jumpa pukul 3, tapi pukul 5 tak sampai lagi. Amboihhh. Rupanya kau tidur. Amboihhh. Dan satu lagi, kau text atau call dia, jangan biar dia tertunggu-tunggu. Kang kalau dia dah cari orang lain, kau jangan menyesal pulak. Jangan putus beri perhatian kepada si dia.

5. Keluarga
Kalau girlfriend kau gaduh dengan bapak dia ke kan, kau jangan mengada nak kutuk bapak dia. Kau siapa? Jangan hina family/keturunan girlfriend kau. Ni patut no 1 sebenarnya tapi aku malas nak edit letak atas. Ni paling penting woi. Jangan cakap apa-apa yang buruk pasal family girlfriend kau. Tau la nak kahwin dengan girlfriend kau, bukan bapak dia. Tapi dari baby, kau ke yang jaga tanggung makan minum girlfriend kau? Eleh, keluar dating pun girlfriend keluar duit.

Okay lima je la kasi. Banyak lagi sebenarnya tapi common sense la. Jangan kritik, jangan selalu nak menang, make her feel special.

Credit to: terfaktabzine@blogspot.com

Angan-angan Yang Patut Gua Lupakan



Gua selaku lelaki yang minat dengan motor berkuasa tinggi, gua ada jugak la berangan-angan nak beli sebuah superbike. Suatu hari, sedang gua tengah duduk santai berangan-angan sambil tengok gambar superbike kat google, datang pulak satu bayangan. Ngeri jugak la apa yang singgah dalam fikiran gua masa tu. Gua nak beli superbike, tapi nanti macam mana kalau isteri gua nak naik motor tu?

Berpeluh jugak la bila gua bayangkan kalau-kalau isteri gua terjatuh lepas tu kaki kena hempap motor tu. Apa gua nak jawab kat bapak and mak mertua gua nanti? Gua ada terfikir jugak, nak letak roda pengimbang kat kiri kanan motor tu. Macam basikal budak-budak baru nak belajar mengayuh tu. Ada roda pengimbang.

Tapi bila difikirkan balik, jatuh la standard gua nanti.  Nak merempit nanti nak amik selekoh tajam tak boleh baring kalau ada roda pengimbang. Jadi gua putuskan, impian gua untuk beli sebuah superbike tu gua lupakan je. Risau jugak kalau gua beli superbike. Gua ni dah la jenis yang tak pernah menunggang dengan perlahan. Goodbye superbike idamanku. Baik gua beli kereta untuk angkut isteri dengan anak-anak gua nanti. Takde lah basah kalau hujan. Tak kena bahang matahari. Family gua pun selesa nanti.

Gua sayang isteri gua, gua tak nak beli superbike sebab gua tak nak dia kena hempap dengan superbike masa nak tongkatkan motor tu. Sebab tu gua tak beli, keselamatan itu lebih penting daripada impian. Dah la bini gua tu kecik comel je, risau kalau bawak superbike.


P/s: Nanti kita beli kereta Malaysia je ye sayang, kalau kaya sikit kita beli Toyota Vios. Tapi Mazda 3 sedan pun macam terliur jugak la gua tengok.


@__Alfy