#RELATIONSHIP: SETIA ITU SATU KEWAJIPAN, CURANG ITU SATU SENI, JANJI ITU SATU BEBAN


Setia, kata orang, itu antara intipati penting dalam perhubungan. Antara faktor yang memungkinkan suatu perhubungan itu menjadi istimewa, menjadi lebih bermakna apabila dua hati yang saling memerlukan, diikat sentiasa tanpa mahu menoleh ke arah unsur luar yang boleh menggugat kebahagiaan. Tapi cukup ke sekadar setia?

Kawan aku ada cakap, jangan risau, pasangan yang tak setia, curang, tak akan bahagia. Kalau kau dapat pasangan yang curang, kau kena ubah dia, kalau tak mampu, kau boleh terus tinggalkan dia. Curang, benda yang paling ditakuti dalam satu perhubungan. Tak kira lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mampu untuk berlaku curang. Berpaling kepada orang lain sedangkan kekasih masih setia, itu perkara yang bodoh.

Okay sekarang aku cuba terangkan definisi curang. Curang, perkara yang kau sembunyikan daripada kekasih, sebab kau takut dia akan terluka. Contohnya kau ada kawan rapat, tapi kau tak bagitau kekasih kau, dalam masa yang sama, layanan kau kepada kawan kau hampir sama dengan layanan kau kepada kekasih. Itu dianggap curang. Kalau benda tu betul, kenapa kau sembunyikan? Kenapa perlu takut? Curang pada kekasih hati dengan punya kekasih lain di belakang yang dikaburi dengan gelaran kawan rapat ataupun curang kepada diri sendiri. Manusia memang rumit. Tak pernah puas mungkin.

Pelbagai cara untuk curang, sentiasa cari jalan untuk berhubung secara senyap tanpa diketahui pasangan. Untuk pengetahuan engkorang, curang ni bila-bila masa je boleh terjadi. Masa engko tengah tidur, tengah mandi, tengah tidur, ia boleh terjadi. Kalau hubungan engkorang retak, jangan salahkan orang ketiga, cuba salahkan siapa yang benarkan orang ketiga untuk menyelit dalam hubungan korang. Tapi kalau dah engkorang rasa orang ketiga tu dapat bahagiakan orang, jauh lebih baik dari kekasih korang, korang boleh bagitau kat kekasih. Mintak dia terima keputusan korang. Tak perlu curang dalam diam, itu beribu kali menyakitkan.

Kalau dilihat kepada aspek curang ni, banyak sebenarnya faktor yang membawa kepada perbuatan curang ni. Kadangkala datangnya dari diri sendiri, dan juga persekitaran serta pasangan itu sendiri.Tapi kenapa biarkan hati berpaling tadah dengan faktor luar? Adakah sebab salah membuka dan memberikan hati kepada orang yang tak sepatutnya? Kadang-kadang, bila berjauhan dengan pasangan, mulalah rasa nak cari seseorang yang dekat untuk bahagiakan diri.

Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil. Ini menggusarkan. Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata peransang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak puas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya. Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada wanita. Naluri wanita kebanyakannya mahu diberikan perhatian. Percayalah, kalau lelaki sanggup berhenti buat kerja walaupun seketika untuk mendengar celoteh si wanita, pastinya si wanita itu sudah cukup gembira sampai berbunga-bunga di atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika wanita boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa yang mereka luahkan, itu sudah cukup membuatkan mereka lega. Timbal balik benda mudah dalam perhubungan.

Faktor seterusnya, bosan dengan benda rutin. Ini sebenarnya terjadi dalam diri individu. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau sebati dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak hiraukan dengan apa benda lain asalkan kita mencapat matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita terlupa, ada orang yang bencikan dengan perkara sebegitu dalam diam. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah, tapi jangan sampai berlebihan. Itu boleh membawa kepada perbuatan curang. Bosan, atas sebab bosan.

Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi perlabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Kata orangm satu kapal satu nakhoda, Lagi hebat kalau bilangan kapal dengan nakhoda saling berkadar terus, kan? Kuasa dominasi yang terlampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.

Mungkin tak mampu nak rasa bahagia dari jarak jauh. Mungkin Long Distance Relationship korang gagal. Mungkin korang gagal nak jaga hubungan korang. Mungkin si dia terlalu jauh sampaikan engkorang rasa nak cari seseorang yang dekat. Siapa lagi yang nak jaga hubungan korang kalau bukan diri sendiri? Nak harapkan kawan? Diorang boleh ambil kesempatan. Disebabkan jarak yang dekat dengan kawan yang berlainan jantina yang terlalu rapat, itu boleh membawa kepada perbuatan curang.

Curang itu satu seni. Macam-macam cara untuk curang. Mungkin ada rasa bahagia bila curang, tapi bukan selamanya. Kau mungkin akan kehilangan orang yang betul-betul cintakan kau. Mungkin kau tak nampak apa pengorbanan dia selama ini untuk bahagiakan kau walaupun dari jauh. Mungkin kau terlalu fikirkan perasaan sendiri sampai terlupa nak fikir perasaan dia bila dia setia walaupun berjauhan.

Tak salah kalau nak curang. Curang kalau pasangan kau curang, tu tak apa. Tapi nak ke kau balas balik atas kesilapan yang pasangan kau lakukan? Puas? Tak, kau tak akan rasa puas kalau kau balas balik. Perbuatan curang ni akan membunuh banyak jiwa yang setia bercinta. Percayalah, sekali kau curang, susah untuk kau berubah. Curang itu satu pilihan.

Cara untuk elakkan curang? Don’t get too attached to anyone else when you have someone to love. Walaupun berkawan, don’t get too attached. Aku percaya, hubungan korang semua pun banyak bermula dengan berkawan. Ya, itu asas sebelum upgrade hubungan korang. So bila dah terlalu rapat, takut kawan bagi hati dan kau dengan rela hati terus terima hati dia. Mana kau nak letak hati pasangan kau lepas tu? Buang jauh-jauh? Jangan biarkan orang ketiga menyelit dalam hubungan kau. Percayalah, kau boleh sorokkan penipuan, tapi kebenaran tu tak pernah jauh. Satu hari bila dah kantoi, susah orang nak percayakan kau balik. Dan lebih buruk lagi, kau mungkin akan membunuh jiwa mereka yang setia bercinta dengan kau. Itu suatu benda yang merugikan. Aku ulangi, itu satu benda yang merugikan.

Bagi manusia yang dicurangi, kau ada banyak pilihan. Antaranya, memaafkan atau meninggalkan. Memaafkan, dengan harapan si dia akan berubah. Meninggalkan, sebab hati kau dah terlalu luka dan mati atau si dia lebih bahagia dengan cinta lain.

Sebelum bercinta, ada tak korang janji akan setia? Setia itu suatu benda yang tak perlu dijanjikan, ia satu kewajipan. Janji itu satu beban, kalau tak boleh nak berpegang pada janji, jangan mudah untuk berjanji. Berjanji benda yang mampu korang kotakan. Itu tak akan menjadi beban. Curang itu satu seni, kalau tak bahagia boleh bagitau. Curang itu membunuh jiwa manusia setia. Hargai apa yang kau ada sebelum ia menjadi apa yang kau pernah ada.

 Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan buat kita terjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih lagi terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia. Mungkin juga, atas sebab cinta dan sayang yang membuatkan lelaki hanya senyap bila wanita yang mereka cintai berlaku curang dengan lelaki lain dan sebagainya. Sanggup terluka daripada kehilangan. Mungkinlah. Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. Curang satu proses pelarian? Bukan.

Nota Kaki: Itu sahaja yang dapat aku kongsi dalam entri kali ni. Aku tengah tak sihat ni, sibuk dengan persiapan untuk hadapi final exam, doakan kejayaan aku. Entri curang ni permintaan seseorang. Keadaan memaksa aku untuk menaip panjang lebar. Aku malas nak cerita banyak. Baca dan fahami. Enjoy ~




11/12/13

"I love you so much <3"
Ringkas tapi penuh makna. Dan setiap kali aku sebut, aku betul-betul maksudkannya. Ayat tu tak boleh dibuat main. Nampak bentuk hati kat belakang tu? <3, it means less than 3. It just between she and me. Only us. She is my treasure, my family, my home, my soulmate, my other half, and my future wife.

Nota Kaki: Entri ringkas 11/12/13. Tarikh tu dah tak ada lagi dah. Lepas beberapa ratus atau ribu tahun baru ada balik susunan tarikh untuk bulan 12.

Si Dia Dan Si Lelaki - #Dunia Mereka

Si Dia dan Si Lelaki, mereka dengan dunia mereka. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Gembira dan ceria dengan cara mereka. Walaupun berjauhan, hati mereka sudah menjadi satu. Separuh sudah bertukar dan separuh lagi sudah cair dengan kemanisan cinta mereka. Permulaan cerita yang bahagia. Ibarat mereka berdua yang berada di dunia. Tanpa orang lain. Hanya mereka. Indah. Itu cara mereka. Cuma mereka berdua. Tiada orang ketiga. Dan jarak antara mereka hanya satu angka. Angka yang tidak melemahkan cinta mereka.

Si Dia: Sejak hari itu, ke mana pun saya pergi, awak tetap ada dengan saya. Dalam hati saya. Terasa dekat. Dan separuh hati lagi telah cair dengan manisnya cara awak layan saya. Terasa bahagia walaupun di mana saya berada.

Si Lelaki: Separuh hati yang saya bagi tu awak jaga baik-baik. Dunia awak, dunia saya jugak. Dan ke mana pun saya pergi, awak sentiasa dalam hati saya. Dan separuh lagi hati saya, awak dah cairkan dengan kemanisan cinta kita. Terima kasih. Separuh hati ini saya akan jaga sampai bila-bila.

Nota Kaki: Ujian masa sekarang untuk masa depan kita. Cinta yang sentiasa menyokong kita untuk mengejar cita-cita. Untuk masa depan kita. Cintakan seseorang yang menyokong cita-cita kita, bukan mengongkong. Sama-sama berjaya untuk kejar cita-cita. Dan bahagia tu akan terasa sampai bila-bila.