Pilihan

 “Boyfriend aku adalah pilihan aku dan pilihan aku sentiasa mengatakan dia adalah manusia biasa yang tak lepas dengan kesilapan asalkan aku tahu yang dua akan terus cintakan aku sampai bila-bila. Jadi aku tak perlu risau tentang apa yang dia buat dan apa yang dia akan buat. Dia juga ada pilihan dan aku pasrah untuk dia buat pilihan.”



“Girlfriend aku adalah matlamat aku, dan matlamat yang aku buat untuk tentukan hidup aku sendiri supaya dia sedar bahawa aku adalah orang yang akan menyunting dia pada suatu hari nanti. Maka, tak perlu aku risau tentang apa yang dia inginkan, apa yang dia impikan. Dia juga ada matlamat dan aku redha dengan matlamat yang dia mahukan.”
Sumber: kitab terfaktab 1




            Pertama sekali, kena hadam ayat kat atas ni. Kedua, fahamkan. Ketiga, amalkan.  Sudah? Korang kena faham. Pilihan itu sentiasa ada. Sama ada orang tu nak ambil pilihan tu atau tak. Setiap orang layak buat pilihan yang dia rasa terbaik untuk dirinya. Sesetengah orang pulak rasa tak perlukan pilihan lain sebab dia rasa apa yang dia ada sekarang ni dah cukup untuk dia. Barangkali dia anggap too much of something is not good. Kenapa aku sibuk cakap pasal pilihan? Haha. biar aku kasi contoh. ummm okay. curang. curang. curang.


          Korang kena faham yang CURANG ITU SUATU PILIHAN. Bukan paksaan atau apa-apa jela. Tapi pilihan. Setiap orang yang dah ada pasangan, patutnya tahu yang dia ada obligation to be honest and loyal to each other. Its the basic things that people should know. Bila ada orang lain nak mengorat waktu kita sudah ada pasangan, kita ada pilihan untuk lari dari semua tu.  Curang takkan terjadi kalau cuma bertepuk sebelah tangan. Betul tak?


            Setiap orang ada pilihan sendiri. Dan dia pilihan aku. Aku benci bila orang pertikaikan kenapa aku pilih dia sedangkan dia tak ada apa-apa. Tak ada harta, tak ada rupa dan tak ada keluarga. Jawapan aku senang; aku ialah “harta” dia. Yang dia harus jaga dan lindung. Aku adalah “rupa” dia. Setiap perilaku aku menjadi cerminan kepada dirinya. Dan aku adalah “keluarga”nya. Yang akan sentiasa ada untuk dia bila dia perlukan aku (insyaAllah).



Nota lutut: kadang-kadang pilihan yang paling baik itu bukan yang terbaik untuk kita. Renungkan *korek hidung*.

No comments:

Post a Comment